Thursday, March 18, 2010

Kesilapan Teknikal

Info2 yg terdpat pada tarikh dan sesi konvo UTM ialah pada november 2010,,,
harap maklum..

Wednesday, March 17, 2010

Tarikh dan Sesi Penganugerahan Diploma

Tarikh dan Sesi Penganugerahan

Bil

Pusat Kerjasama

Sesi

Hari, Tarikh & Masa Pendaftaran

Pusat Kerjasama

Sesi

Hari, Tarikh & Masa Pendaftaran

1
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

I

(Pagi)

21 November 2009

(Sabtu)

6.45 - 7.30 Pagi

Institut Teknologi Perak

II

(Petang)

21 November 2009

(Sabtu)

12.00 Tengahari - 1.00 Petang

2
Institut Kejuruteraan Tentera Darat Kolej Legenda
3
Kolej Tentera Laut Diraja Kolej Negeri
4
Kolej IKIP Kolej PSDC
5
Kolej Shahputra
6
Kolej Teknologi Darul Naim
7
Kolej Yayasan Melaka
8
Kolej Yayasan Sabah
9
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
10
Kolej Twintech Sarawak
11
Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas
12
Institut Kemahiran Mara Jasin
13
Kolej Teknologi Bestari
14
Institut Teknologi Perindustrian YPJ
15

Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech

MAJLIS PENYAMPAIAN IJAZAH/DIPLOMA PROGRAM KERJASAMA UTM

1) Makluman kepada graduan yang tidak menghadiri Majlis Penyampaian Ijazah/Diploma
Program Kerjasama UTM 2009:

Saudara/i hendaklah menulis surat kepada Pusat Kerjasama masing-masing mengenai
ketidakhadiran saudara/i ke Majlis Penyampaian Ijazah/Diploma Program Kerjasama UTM 2009.
Bersama-sama dengan surat tersebut; sila sertakan wang pos RM 90.00
Ringgit Malaysia Sembilan Puluh Sahaja) atas nama BENDAHARI UTM untuk bayaran skrol diploma
dan transkrip. Pusat Kerjasama saudara/i akan menguruskan pengambilan skrol Diploma dan transkrip
tersebut dengan pihak Unit Pengurusan Program Kerjasama (UPPK),
UTM International Campus, Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur.


2) SEMUA GRADUAN DIWAJIBKAN MENGISI BORANG PENGESANAN GRADUAN.
LANGKAH-LANGKAHNYA ADALAH SEPERTI DI BAWAH:
a) Layari laman web www.mohe.gov.my
b) Pergi pada ONLINE APPLICATION
c) Pilih "Tracer Study Online System"
d) Seterusnya, mulakan mengisi borang pengesanan graduan dengan memasukkan data seperti
no kad pengenalan dan Pusat Kerjasama.
e) Graduan dikehendaki menjawab soal selidik tersebut dan mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk
dikemukakan semasa proses pengambilan jubah.
f) Slip keputusan pengesanan graduat tersebut hendaklah dibawa bersama semasa pengambilan jubah
di Stor Jubah, UTM Skudai, Johor.

*Prosidur ini penting bagi membolehkan graduan mengambil jubah bagi Majlis Penyampaian
Program Kerjasama UTM nanti.

Senarai Harga Windows 7 (RINGGIT MALAYSIA)

MICROSOFT WINDOWS 7 HOME BASIC-OEM RM 299.00
MICROSOFT WINDOWS 7 HOME PREMIUM-FULL RM 480.00
MICROSOFT WINDOWS 7 ULTIMATE-FULL RM 720.00
MICROSOFT WINDOWS 7 HOME PREMIUM-OEM RM 420.00
MICROSOFT WINDOWS 7 PROFESSIONAL-OEM RM 550.00

SENARAI 23 JENIS WINDOWS 7

Windows 7 Starter (x86)
Windows 7 HOMEBASIC (x86)
Windows 7 HOMEPREMIUM (x86)
Windows 7 PROFESSIONAL (x86)
Windows 7 ULTIMATE (x86)”
Windows 7 Starter N (x86)
Windows 7 HOMEBASIC N (x86)
Windows 7 HOMEPREMIUM N (x86)
Windows 7 PROFESSIONAL N (x86)
Windows 7 ULTIMATE N (x86)
Windows 7 ENTERPRISE (x86)
Windows 7 ENTERPRISE (x64)
Windows 7 Starter (x64)
Windows 7 HOMEBASIC (x64)
Windows 7 HOMEPREMIUM (x64)
Windows 7 PROFESSIONAL (x64)
Windows 7 ULTIMATE (x64)”
Windows 7 ENTERPRISE (x64
Windows 7 Starter N (x64)
Windows 7 HOMEBASIC N (x64)
Windows 7 HOMEPREMIUM N (x64)
Windows 7 PROFESSIONAL N (x64)
Windows 7 ULTIMATE N (x64)

Latest spyware threats /software spyware penipu

KEPADA PENGGUNA
BARHATI2 DENGAN SOFTWARE ANTI SPYWARE DI BAWAH
KERANA SEMUNYA PENIPU DAN MENGANDUNGI SPYWARE DAN MALWARE
DI NASIHATKAN JANGAN DOWNLOAD PROGRAM TERSEBUT
* Home Antivirus 2010
* Security Mechanic
* VirusBye
* AntiVirusPro
* Windows Malicious Software Removal Tool
* MalwareBot
* PC Security 2009
* Spyware XP Guard
* Windows Antispyware 2009
* Media System Codec
* WiniFighter
* MProtect 2009
* Smart Defender Pro
* Security Central
* Malware Cleane

Monday, March 15, 2010

Cara username dan password friendster anda dicuri

Hari ini saya telah menerima satu komen yang mencurigakan di friendster daripada seorang yang saya kenali. Melihat kecurigaan yang berlaku,saya telah melakukan sedikit penyelidikan. Marilah kita lihat simulasi friendster anda boleh digodam, iaitu bagaimana USERNAME dan PASSWORD anda boleh dicuri:

1. Ini ialah komen yang saya terima pagi tadi:


Imej komen tersebut

Jika saya hover mouse ke gambar perempuan tersebut, satu link akan muncul. Dilihat dari segi zahirnya, alamat tersebut adalah familiar iaitu, http://profiles.friendster.com pada bahagian depannya. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari domain yang sebenarnya ia adalah berasal daripada negeri China. (lihat garisan biru.)

2. Dengan mengambil langkah berjaga-jaga yang telah disetkan, Dekan mengklik alamat tersebut. Ia membawa saya kepada website China tersebut yang menunjukkan gambar friendster yang memerlukan login:


Website friendster palsu yang memerlukan login

Imej ini ialah palsu kerana saya tidak pernah logout daripada friendster saya.

3. Saya cuba meletakkan alamat email yang palsu iaitu ‘mamat@bodoh.com’ dengan password ‘bangang’, dan… jeng3.. Saya telah berjaya login. Ini bermakna, LOGIN PAGE TADI IALAH PALSU. Ia akan MENCURI USERNAME DAN PASSWORD sebenar anda.

4. Ini ialah page palsu yang direka seakan-akan friendster, akan tetapi ia akan mencuri data anda. Sya suspek Haidar iaitu kawan saya tadi telah dicuri username dan passwordnya.


Page ini adalah seakan-akan friendster

5. Nasihat saya: Segera ubah password anda jika anda telah terkena tipu dengan page tersebut. Untuk langkah berhati-hati, Dekan telah submit link tersebut ke website sekuriti Malaysia, iaitu MYcert untuk dianalisa dan ditutup.

Remark:
Ini ialah data daripada who.is tentang domain phishing tersebut:


Domain ialah dari China, manakal IP server ialah daripada United States.

Perbezaan Antara DVD-R dengan DVD+R

Mungkin para pembaca juga sudah lama tertanya-tanya soalan ini semasa ingin membeli DVD untuk diburn, tetapi akhirnya membeli sahaja mana-mana pun kerana ia dikatakan tidak mempunyai perbezaan ketara.

DVDrDVD +R

Ia sememangnya sama.

Ya, ia sebenarnya tidak mempunyai perbezaan ketara antara DVD-R dengan DVD+R, cuma player atau DVD Drive anda hendaklah sesuai membaca dan memburn DVD yang anda beli itu. Katakan anda memakai DVD-R drive di PC anda, semestinya anda memerlukan DVD-R untuk itu. Akan tetapi pada masa sekarang DVD drive dicipta bagi membolehkan kedua-dua format itu dibaca, iaitu DVD +- R.

Perbezaannya..

Yang diberi nama berlainan untuk kedua-dua jenis DVD itu adalah disebabkan syarikat yang mengesahkan format DVD tersebut. DVD-R adalah format DVD yang lama yang disahkan oleh DVDForum, satu badan yang menentukan spesifikasi sesuatu DVD. Manakala DVD+R adalah satu format yang lebih canggih yang dicipta oleh kumpulan Alliance yang terdiri daripada beberapa syarikat electronic gergasi iaitu antaranya Dell, HP, Ricoh, Sony, Yamaha, dan sebagainya.

Terdapat sedikit perbalahan antara kedua syarikat yang memegang format DVD ‘-’ dan ‘+’ tersebut kerana DVDForum tidak mengikhtiraf format DVD yang dicipta oleh Alliance iaitu format ‘+’. Walau bagaimanapun, agak kelakar juga kerana antara pengasas DVDForum suatu ketika dahulu ialah syarikat daripada Alliance sendiri.

Oleh itu, belilah DVD yang mana-mana pun yang bersesuaian dengan player anda. Ada yang berpendapat DVD-R sesuai untuk rekod movie dan lagu, manakala DVD+R sesuai untuk diburn data-data kerana ia tidak mudah rosak.

Registry berguna untuk disable autorun

Disebabkan berlakunya pertukaran kerja yang tidak dijangkakan dari En F ke En G yang ingin melaksanakan satu misi rahsia, maka akibatnya blog ini lambat di update walaupun bahan-bahan draf sudah ada.

Satu entri pendek, setelah memasuki tempat baru, bos di tempat ini mempunyai kurang kesedaran sekuriti walaupun anak buah beliau yang lain mengerti. Beliau lebih suka mendouble klik drive thumbdrive dan juga tidak mengambil langkah keselamatan sepatutnya.

Jika anda ingin mendisable autorun pada sesuatu PC, download dan gunakan registry ini dengan klik 2 kali sebagai assist untuk memudahkan kerja-kerja mendisable autorun di PC anda dan PC presentation di makmal anda.

Download: autorun_disable.reg

Saturday, March 6, 2010

Penjagaan komputer riba/laptop

Ikutilah beberapa
Tip cara penjagaan komputer riba anda.

1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan
tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak
menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu
kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita
tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada ?Turn Off monitor in ? minutes?.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak
menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ?Dead pixel?.

4. Haba Panas
* Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC – mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada
elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan
bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Bagaimana memperbaiki CD/DVD yang bercalar

Pernah tak semasa anda sedang seronok mendengar CD lagu kegemaran anda, tiba-tiba CD anda tu tersangkut-sangkut sehingga mengacau ‘stim’ anda mendengar lagu kegemaran anda. Ada macam-macam sebab CD tu tersangkut-sangkut.
Salah satu sebabnya ialah kerana CD tu dah bercalar.
Baik…sekarang saya akan mengajar kepada anda petua bagaimana untuk memperbaiki CD yang becalar tu.

Begini caranya ;

1-Ambil marker pen (tak kisah la warna biru ke merah ke atau hitam..semuanya boleh di pakai)
2-Dengan menggunakan marker pen tu tadi,contengkan di tempat calar pada CD tersebut.
3-Biarkan dakwat marker pada CD tu kering sebelum anda mainkan CD tersebut.

Lagi satu petua ialah ;

1-Masukkan CD bercalar tersebut dalam ‘freezer’ (tempat buat ais batu)
2-Biarkan selama 2 jam.
3-Keluarkan CD dan keringkan.

InsyaAllah, dengan petua tersebut masalah CD tersangkut anda akan dapat diselesaikan. Sekiranya anda telah melakukan 2 petua yang saya tunjukkan itu, namun CD anda masih tetap lagi tersangkut-sangkut, maka hanya tinggal satu jer cara lagi untuk selesaikan masalah tersebut.

Caranya ialah ;

1-Ambik CD yang tersangkut-sangkut tu.
2-Campak masuk tong sampah.
3-Pergi ke kedai CD, beli CD baru.